Page 26 - BAB 4 :PEMBIAKAN-CIKGU ARIFF
P. 26
4.4 PERSENYAWAAN
DAN KEHAMILAN
Proses pertama bermula selepas seminggu wanita mengalami haid. Pada hari ke-
13,14,15 dalam kitar haid bagi seseorang wanita, ovari akan menghasilkan benih
perempuan, iaitu juga dikenali sebagai ovum. Proses ini dinamakan
proses Pengovulan.
Seterusnya, ovum tadi akan bergerak ke Tiub Fallopio, dan akan bercantum dengan
sperma di sini, bagi membentuk zigot. Proses ini pula dinamakan
proses Persenyawaan.
Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun juga lebih
dikenali sebagai dinding rahim. Di sini akan berlaku proses Penempelan, bermaksud
zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam perjalanannya akan menempel dan
membesar di dinding rahim tersebut menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi.

