Page 14 - MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO TAJUK TUGASAN TRAGEDI DI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN
P. 14
CARA-CARA MENGATASI TRAGEDI 13 MEI
DARIPADA BERULANG KEMBALI
1. Memperkenalkan Rukun Negara
Untuk mengatasi Tragedi 13 Mei daripada berulang kembali, kerajaan telah memperkenalkan Rukun
Negara untuk memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat Malaysia yang diduduki oleh pelbagai
etnik. Ini bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat secara
keseluruhannya disamping mencipta sesebuah komuniti yang tidak berat sebelah supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
2. Mewujudkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 yang diasaskan daripada
Laporan Razak 1956 serta Laporan Rahman Talib 1960. Ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatu padu selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan etnik.
Selain itu, kerajaan telah menyelaraskan penggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di
sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan sementara sukatan
pelajaran yang seragam kandungannya disediakan untuk semua sekolah di Malaysia.

