Page 19 - MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO TAJUK TUGASAN TRAGEDI DI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN
P. 19
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia
turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik,
sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Oleh itu, pentingnya untuk kita hidup
bersatu padu untuk menguatkan lagi perpaduan antara kaum agar negara kita tidak terlihat lemah oleh
negara lain apabila melihat masyarakat saling hormat-menghormati dan hidup dalam keadaan aman
sejahtera tidak mengira kaum. Semoga masyarakat Malaysia mengambil pengajaran dan iktibar dari
peristiwa ini dan diharapkan agar peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia.

