Page 15 - MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO TAJUK TUGASAN TRAGEDI DI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN
P. 15

3. Memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan



                Kerajaan juga memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan supaya dapat memupuk perpaduan

                menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.


                Selain itu, hal ini dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar.

                Tambahan pula, Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.









                4. Perpaduan Nasional



                Kerajaan juga mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan

                panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan


                sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran ini penting di kalangan rakyat

                bahawa perlunya sikap saling hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-

                sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20