Page 4 - MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO TAJUK TUGASAN TRAGEDI DI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN
P. 4

PENGENALAN





                Pengenalan kepada tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang telah banyak meninggalkan
                kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Tragedi 13 Mei terjadi akibat daripada

                peristiwa yang telah berlaku sebelum itu dan tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta
                kerosakan harta benda. Malah tragedi ini juga mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 yang
                merupakan satu sejarah dalam negara Malaysia.






                Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya
                yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
                pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal

                sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu
                (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan

                syak wasangka.





                Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah

                kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
                kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti
                Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam

                Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan
                kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-

                dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa
                mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9