Page 5 - MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO TAJUK TUGASAN TRAGEDI DI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN
P. 5
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA TRAGEDI 13 MEI
Ini ialah punca-punca yang menyebabkan terjadinya Tragedi 13 Mei 1969 yang melibatkan
rusuhan kaum paling tragis dalam sejarah negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina.
Antara punca-punca tragedi berdarah tersebut berlaku ialah:
1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun
Masyarakat di Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-
beza semasa pendudukan zaman Jepun. Masyarakat Cina
telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun
berbanding dengan masyarakat Melayu. Hal ini
disebabkan Jepun pernah berperang dengan China dan
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar di ingatan. Oleh kerana layanan
berat sebelah ini telah menyemaikan perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.

