Page 8 - MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO TAJUK TUGASAN TRAGEDI DI 13 MEI: PUNCA DAN PENGAJARAN
P. 8

4. Latar belakang pendidikan yang berbeza



                Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada


                meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu

                sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India

                dan Inggeris. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar

                keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing

                berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah


                dibawa dari negara China dan India. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang

                Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13