Page 48 - bola keranjang modul 1m1s
P. 48

Bola Keranjang                                                               Bola Keranjang






                            AKTIVITI                            GAMBAR RAJAH                                                      AKTIVITI                            GAMBAR RAJAH

              4. Hantaran Garisan Tiga Murid                                                                         6. Lambung Dan Sambut
               Pelaksanaan:                                                                                          Pelaksanaan:
               •   Tiga orang murid berbaris di garisan                                                              •   Murid-murid berpegang tangan dalam
                  belakang  gelanggang.                                                                                 bentuk bulatan.
               •   Murid tepi menghantar bola kepada                                                                 •   Setiap murid dalam bulatan akan
                  murid di tengah sambil bergerak ke                                                                    diberi satu nombor. Lebih daripada
                  depan.                                                                                                seorang murid diberi nombor yang
               •   Murid di tengah akan menghantar                                                                      sama.
                  bola kepada murid di tepi sambil                                                                   •   Seorang murid dipilih berdiri di tengah
                  bergerak.                                                                                             bulatan dengan memegang sebiji
               •   Tujuannya ialah untuk menghantar                                                                     bola.
                  bola ke sebelah hujung gelanggang.                                                                 •   Murid di tengah bulatan akan
                                                                                                                        melambung bola ke udara dan pada
     48        Variasi:                                                                                                   masa yang sama memanggil satu               Lambung sambut                  49
                                                                                                                        nombor, misalnya nombor tiga.
               •
                  Penekanan kepada cara hantaran iaitu
                  hantaran paras dada, hantaran lantun.                                                              •   Semua murid yang mempunyai
               •   Penekanan kepada cara jaringan yang                                                                  nombor 3 akan berlari ke depan dan
                  berlainan.                                                                                            cuba menangkap bola sebelum bola
               •   Murid yang tidak berjaya melakukan                                                                   melantun di lantai.
                  jaringan akan melakukan ambul                                                                      •   Murid yang berjaya menyambut bola
                  (rebound).                                                                                            akan mengambil tempat murid di
                                                                                                                        tengah.
               5. Hantar Dan Bergerak (Three Men                                                                     •   Jika bola tidak dapat disambut, maka
               Weave)                                                                                                   murid tengah akan melambung
               Pelaksanaan:                                                                                             semula bola dan memanggil nombor
               •   Tiga orang murid berbaris di hujung                                                                  lain.
                  gelanggang.
               •   Murid di tengah menghantar bola
                  kepada murid di tepi yang bergerak ke
                  tengah untuk menerima bola.
               •   Setelah menghantar bola, murid
                  akan bergerak kei belakang murid
                  yang menerima dan berlari ke depan
                  sambil bersedia menerima bola.
               •   Murid di sebelah juga bergerak ke
                  hadapan untuk menerima bola.
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53