Page 18 - BUKU 2019
P. 18
1.6 TERAS PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KEBERHASILAN PBPPP
Penilaian keberhasilan merupakan salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
Penilaian ini akan digunakan untuk menilai keberhasilan dalan PBPPP, mencatat sasaran
kerja, mengira sasaran kerja yang melebihi jumlah yang disasarkan dan akan digunakan
untuk keperluan-keperluan lain dalam perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP).
Asas penilaian:
a. menilai peningkatan sasaran
Sebarang bentuk kemajuan dan perkembangan pengetahuan/kemahiran/ hasil
kerja/ nilai/ amalan dan tingkah laku berdasarkan peningkatan sasaran.
b. menilai pencapaian sasaran
Kejayaan kerja yang telah ditetapkan berdasarkan pencapaian sasaran.
c. menilai usaha yang dilaksanakan
Amalan kerja yang dilakukan ke arah keberhasilan berdasarkan penilaian profesional
(professional judgement).
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
MISI DAN VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara.
Buku Pengurusan SMK Bukit Gading | 17

