Page 19 - BUKU 2019
P. 19
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
1.1 AKSES- 100 peratus enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga sekolah menengah atas menjelang 2020.
1.2 KUALITI- negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
1.3 EKUITI- 50 peratus pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar,
sosioekonomi, gender) menjelang 2020.
1.4 PERPADUAN- Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
1.5 KECEKAPAN- Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan
sedia ada.
Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap murid akan memiliki :
Pengetahuan
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Memimpin
Kemahiran Dwibahasa
Etika dan Kerohanian
Identiti Nasional
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
1. Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan , kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.
2. Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-
21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.
MYPORTFOLIO PKPA BIL 4 TAHUN 2018 (PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM)
1. Satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda
setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran.
2. Sebagai dokumen rujukan rasmi bagi menghuraikan maklumat pewujudan jawatan.
3. Proses kerja dan panduan menjalankan tugas.
i-THINK
1. Mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
melahirkan pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif.
2. Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan
inovatif.
3. Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.
4. Pemikiran diterjemahkan melalui 8 peta i-think.
Buku Pengurusan SMK Bukit Gading | 18

