Page 4 - MUDAHNYA BERNIAGA DI SHOPEE_eBOOK
P. 4
PRAKATA PENGARAH
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Mudahnya Berniaga di
Shopee ini berjaya diterbitkan. Buku ini diterbitkan sebagai salah satu usaha serta galakan pihak kolej
kepada pensyarah bertujuan bagi menyokong dan menyuntik semangat di peringkat awal pembabitan
pensyarah dalam bidang penulisan kreatif atau ilmiah. Penulisan kreatif merupakan pencambahan
idea bebas pensyarah dalam melahirkan pendapat serta pandangan untuk memartabatkan
pengurusan organisasi dan manfaat komuniti.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua
pihak yang telah bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan bagi penerbitan buku ini. Adalah
diharapkan agar buku ini dapat mencetuskan percambahan minda kepada semua pensyarah mahu
pun warga yang terlibat di Kolej Komuniti Temerloh, Kementerian Pengajian Tinggi sebagai bahan
bacaan dan rujukan semasa.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan penerbitan buku ini.
SUHAIRI BIN ISMAIL
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
iii

