Page 5 - MUDAHNYA BERNIAGA DI SHOPEE_eBOOK
P. 5

PRAKATA



                       Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku “Mudahnya Berniaga
               di Shopee” ini berjaya diterbitkan. Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada sesiapa
               yang ingin memulakan perniagaan melalui aplikasi Shopee. Semoga dengan panduan yang diberikan
               dapat  membantu  mereka  yang  ingin  menambah  pendapatan  dengan  perniagaan  melalui  aplikasi
               Shopee.

                       Seperti yang sedia maklum dikala negara sedang mengalami pandemik yang menyebabkan
               ramai  kehilangan  pekerjaan,  perniagaan  atas  talian  telah  menjadi  alternatif  bagi  mereka  yang
               memerlukan pendapatan sampingan/ utama.  Pernahkah anda terfikir macam mana dan cara nak
               berniaga serta buat duit dengan jual barang di Shopee sama ada dengan modal ataupun tanpa modal?
               Kalau kena dengan cara dan tekniknya, Peniaga Shopee boleh meraih pendapatan sebanyak 3 atau 4
               angka  dalam  seminggu.  Bagi  yang  berminat  berniaga,  cepat-cepatlah  daftar  sebagai  peniaga  atau
               seller di Shopee.

                       Shopee adalah antara trending marketplace selain Lazada, Lelong.com, atau Ali Baba yang
               terbesar di Malaysia. Anggaran setiap bulan lebih daripada 20 juta pengguna akan  browsing atau
               melayari  Shopee  secara  aplikasi  mudah  alih  atau  melalui  laman  web  untuk  melihat  barang  yang
               hendak dibeli. Ini belum termasuk hari-hari besar seperti hari yang bertarikh 11.11 atau 12.12 dimana
               jumlah pelawat yang melayari Shopee berlipat kali ganda berbanding hari - hari biasa. Pada tahun
               2019, direkodkan untuk kempen pada tarikh 11.11.2019, jualan transaksi melebihi 1 juta pada 1 jam
               pertama untuk platform Shopee ini sahaja. Disebabkan itu, tidak hairanlah kebanyakan peniaga di
               Shopee  mengaut  keuntungan  berganda-ganda  melalui  jualan  secara  online  dengan  menggunakan
               platform Shopee.

                       Mana-mana yang minat berniaga akan risau sekiranya tiada produk ditangan untuk dijual,
               mereka boleh gunakan kaedah dropship untuk menjual di platform Shopee ini. Peniaga Shopee ini
               tidak  perlu  memegang  stok,  kerana  pembekal  akan  melakukan  semua  berkaitan  dengan
               pembungkusan  barang  dan  menghantar  barang  tersebut  ke  mana-  mana  syarikat  perkhidmatan
               penghantaran barang untuk dihantar kepada pelanggan dan, peranan bagi dropshipper Shopee pula
               adalah bila dapat pesanan pelanggan atau berjaya close sale, boleh terus maklum kepada pembekal
               untuk  hantar  barang  kepada  pelanggan.  Dengan  jumlah  pelawat  Shopee  yang  tinggi  setiap  hari,
               peniaga Shopee tidak perlu risau mencari pelanggan kerana pelanggan akan mencari barangan yang
               mereka ingini di marketplace seperti Shopee.







               NOR HASIMAH BINTI ABD RAHMAN

               MOHD ZOOL FAZLEE BIN BASIR

               PENULIS

               DISEMBER 2020




                                                                                                        iv
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10