Page 7 - MUDAHNYA BERNIAGA DI SHOPEE_eBOOK
P. 7
1 Pengenalan
Apakah Shopee?
Shopee ialah platform e-dagang yang beribu pejabat di Singapura di bawah Sea Group (sebelum
ini dikenali sebagai Garena), telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Forrest Li. Platform e-dagang
ini pertama kalinya dilancarkan di Singapura pada tahun 2015. Sehingga kini platform e-dagang
Shopee telah berkembang luas ke Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia,
Vietnam dan Filipina. Aplikasi Shopee memberi perkhidmatan membeli dan menjual produk
dalam talian. Aplikasi ini dapat diakses melalui web atau telefon mudah-alih (telefon pintar).
Antara iklan pemasaran Shopee yang popular adalah seperti Jualan 9.9, 10.10, 11.11 dan Jualan
Sempena Ulang Tahun Shopee 12.12. Dianggarkan setiap bulan lebih daripada 20 juta pengguna
melayari patform Shopee untuk membuat pembelian secara atas talian.
Selain untuk urusan pembelian, Shopee juga menyediakan platform bagi peniaga membuka
kedai. Melalui platform ini peniaga dapat memasarkan produk mereka dengan mudah kerana
Shopee telah menyediakan sistem penerimaan pesanan. Shopee juga menjalinkan kerjasama
dengan syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran (kurier) seperti Poslaju, DHL Ecommerce,
Ninja Van, J&T dan lain-lain. Melalui kerjasama ini pihak peniaga dan pembeli mendapat
kemudahan kurier dengan caj penghantaran lebih murah.
1

