Page 4 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 4

PRAKATA PENGARAH




               Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat

               serta izinNya, buku PANDUAN LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI telah berjaya diterbitkan. Saya
               ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua penulis
               dan pihak yang telah bertungkus lumus menyediakan bahan penulisan sehingga berjaya menghasilkan

               buku ini.




               Melahirkan graduan Kolej Komuniti yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum bukan

               sahaja menjadi  hasrat  sesebuah  institusi,  namun  merupakan  harapan  ibu bapa  dan juga  warga
               pendidik. Untuk memenuhi hasrat tersebut pelajar perlulah mempunyai panduan dan teknik yang

               betul bagi mencapai kecemerlangan. Saya berharap dengan panduan yang dititipkan dalam buku ini
               dapat  memberi  faedah  dan  manfaat  kepada semua pelajar  Kolej  Komuniti  untuk  mencapai

               kecemerlangan dalam pengajian.




               Sekian, terima kasih.


















               SUHAIRI BIN ISMAIL
               PENGARAH

               KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH



                                                                                                        iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9