Page 5 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 5
PRAKATA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku PANDUAN LULUS
CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI ini berjaya diterbitkan. Perkongsian ini ditujukan khas kepada institusi
Kolej Komuniti dan pelajar Kolej Komuniti program sijil atau diploma yang menggunakan struktur
penilaian Pentaksiran Berterusan 100%. Buku ini juga memberi panduan berkaitan peraturan-
peraturan penilaian yang perlu dipatuhi dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi pelajar untuk layak
dianugerahkan dengan Sijil Kolej Komuniti. Selain daripada bidang akademik pelajar juga diberi tips-
tips bagaimana untuk menambah nilai kecemerlangan melalui kegiatan kokurikulum yang banyak
ditawarkan di Kolej Komuniti. Melalui aktiviti kokurikulum pelajar dipupuk dengan kemahiran insaniah
seperti kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, etika dan kepimpinan. Nilai
tambah inilah menjadikan lulusan yang dilahirkan lebih kompeten dan berdaya saing.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerja Kolej Komuniti Temerloh
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan dan penerbitan buku ini. Semoga
buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh institusi dan pelajar Kolej Komuniti.
Sekian, terima kasih
NOR HASIMAH BINTI ABD RAHMAN
MOHD ZOOL FAZLEE BIN BASIR
PENULIS
iv

