Page 7 - PANDUAN MUDAH LULUS CEMERLANG KOLEJ KOMUNITI_eBOOK
P. 7
1 Pengenalan
1.1 Pengenalan Pentaksiran Berterusan
Apakah Pentaksiran Berterusan?
Perolehan data yang dilakukan secara berterusan di sepanjang perjalanan
kursus/modul atau disepanjang perjalanan program bagi tujuan pengumpulan
bukti berlakunya pembelajaran yang mana akan digunakan untuk
penambahbaikan pembelajaran, pengubahsuaian pengajaran dan
pengubahsuaian reka bentuk kurikulum. Ia juga meliputi perolehan data yang
digunakan untuk mentaksir tahap pencapaian kursus yang ditawarkan oleh
sesuatu program ke arah menyokong pencapaian hasil pembelajaran program.
Garis Panduan Amalan Baik Penilaian Pelajar MQA 2013
“Pentaksiran Berterusan (PB)” bermakna satu penilaian berbentuk amali, kuiz,
tugasan, projek dan laporan atau sesuatu kaedah yang diambil oleh pelajar
sepanjang semester / modul.
Peraturan Peperiksaan & Kaedah Penilaian Kolej Komuniti Edisi 5 2017
1

