Page 10 - PowerPoint Presentation
P. 10

ahad                                                                16/2/2020




                                               MESYUARAT AGUNG PIBG
                                          SK DATUK ISMAIL SAADON, KOTA TINGGI
                                                Kali Ke - 44 / Tahun 2019

              Tarikh                :      17 Februari 2019 (Ahad)
              Masa                  :      9.58 pagi
              Tempat                :      Dewan Al-Mumtaz, SK Datuk Ismail Saadon
              Kehadiran             :      191 orang  (sepertimana pendaftaran kehadiran)
              Hadir Bersama         :      YB Tuan Haji Rosleli Bin Jahari
                                           (ADUN Johor Lama)

              AGENDA MESYUARAT
              1.0     Ucapan Yang Dipertua PIBG (En. Johari bin Hasan)
                      1.1 En. Johari bin Hasan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kejayaan menjayakan majlis pada
                      hari ini dan mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa yang prihatin ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44
                      pada hari ini.
                      1.2 Yang Dipertua mendoakan semoga majlis ilmu ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
                      1.3 Terima kasih diucapkan kepada penderma dan penyumbang Majlis Maulidur Rasul yang telah diadakan
                      dengan gilang gemilang bersama Habib Muhammad Al-Bagir (seorang ulamak besar dari Indonesia)
                      1.4 Sekalung tahniah atas kejayaan merangkul anugerah Khas Transformasi PIBG & PIBK oleh PPD Kota
                      Tinggi.
                      1.5 Turut diadakan Program Cakna Ziarah bagi mendekati murid dan keluarganya di rumah masing-masing.
                      1.6 Mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan disiplin anak-anak sentiasa terkawal. Disiplin anak-anak
                      bermula di rumah dan guru-guru di sekolah membantu menyempurnakan.
                                                                               Tindakan : Makluman

              2.0     Ucapan Penasihat PIBG (En. Zamri bin Haji Ishak - Guru Besar SK Datuk Ismail Saadon)
                      2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah atas komitmen semua. Majoriti yang hadir
                      adalah ibu bapa dan penjaga murid tahun 6.
                      2.2 Amanah yang Allah berikan ini bagi memastikan kelancaran pengurusan mendidik anak-anak SKDIS
                      mesti kita galas bersama.
                      2.3 Tuan Guru Besar merayu supaya disampaikan salam kepada semua warga Felda Air Tawar 2 supaya
                      semua aktiviti sekolah mendapat kerjasama yang baik dari masyarakat.
                      2.4 Mungkin kehadiran ke mesyuarat kali ini merosot kerana kita tidak mengadakan secara bersama
                      dengan Hari Anugerah Kecemerlangan.
                      2.5 Tuan Guru Besar mengalu-alukan sebarang teguran jika ada yang ingin diluahkan dan bersedia
                      menerima kritikan dengan profesional serta berusaha menyelesaikan dengan sebaiknya.
                      2.6 Mesyuarat ini sangat penting dalam memastikan keputusan yang terbaik untuk kita bersama.
                      2.7 PIBG merupakan nadi utama sekolah kita apatah lagi zaman sekarang pelbagai peruntukan yang
                      semakin kurang daripada pihak kementerian.
                      2.8 Antara tugas penting PIBG adalah untuk mencari dana untuk manfaat pelbagai aktiviti yang disertai
                      anak-anak sama ada dalam sekolah atau luar sekolah.
                      2.9 Tuan Guru Besar memberi contoh sebuah sekolah Cina yang mempunyai majlis pengelola dan ada
                      PIBG bagi memperkasa aktiviti penjanaan ekonomi untuk manfaat sekolah.
                      2.10 Tuan Guru Besar mencadangkan kepada PIBG untuk mengusahakan pembinaan Dewan Terbuka yang
                      memerlukan dana lebih kurang RM300,000 di belakang kantin. Rancangan ini boleh dicapai dalam masa 10
                      bulan jika dapat diatur dengan baik. Contohnya, setiap orang menyumbang RM300 seorang, insyaAllah
                      boleh cukup jika disumbang oleh kira-kira 1000 orang dari pelbagai pihak (peneroka, para guru, belia dan
                      penyumbang luar). Besarlah harapan beliau agar usaha ini dapat digerakkan.
                      2.11 Untuk mencapai sesuatu kejayaan dan kecemerlangan, perlu ada pengorbanan dan juga perlu ada
                      kemudahan. Jika projek ini berjaya, InsyaAllah semua dapat manfaatkan dewan ini yang akan dijaga
                      dengan baik kerana berada dalam kawasan sekolah. Nama yang dicadangkan ialah “Dewan Orang Ramai
                      Felda Air Tawar 2”.
                      2.12 Tuan Guru Besar memberikan contoh sebuah sekolah di bandar iaitu SJKC Mawai yang berjaya
                      membina bangunan baru tanpa dana daripada kerajaan dengan kos kira-kira RM4 juta. Dewan SJKC Mawai
                      adalah yang terbesar di Kota Tinggi (Dewan Terbuka dan Dewan Tertutup yang lengkap berhawa dingin)
                                                                                                  Tindakan : Makluman
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15