Page 11 - PowerPoint Presentation
P. 11
ahad 16/2/2020
3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43
3.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 43 (2018) telah dibentangkan oleh En Izwan bin Harun,
setiausaha PIBG SK Datuk Ismail Saadon.
3.2 Puan Masyhudah Suhaila binti Mahmud telah mencadangkan supaya minit mesyuarat tersebut
disahkan.
3.3 Cadangan tersebut telah disokong oleh Puan Kamisah binti Baijan dan diterima sebulat
suara.
Tindakan : Setiausaha PIBG
4.0 Perkara Berbangkit
4.1 Yang Dipertua membangkitkan isu permohonan sumbangan untuk membina tempat duduk
Mini Stadium di padang. Alhamdulillah pembinaannya telah siap. Semoga usaha ini dapat
diteruskan pada tahun ini dan dapat lagi membina sebuah Gazebo antara dua blok baru untuk
manfaat kegunaan murid. Sumbangan oleh para ibu bapa amat dialu-alukan.
5.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan
5.1 Membentang Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2018.
5.1.1 Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
5.1.1.1 Menjayakan Projek Ekonomi PIBG (Kelapa Sawit)
5.1.1.2 Menjayakan Jualan Buku 2018
5.1.1.3 Menjayakan Program Kecemerlangan UPSR 2018
5.1.1.4 Menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43
5.1.1.5 Menjayakan Program Aku Janji UPSR 2018
5.1.1.6 Menjayakan Program Mahabbah Aidilfitri 2018
5.1.1.7 Menjayakan Kejohanan Balapan Dan Padang 2018
5.1.1.8 Menjayakan Hari Terbuka SKDIS 2018
5.1.1.9 Menjayakan Program Maulidur Rasul SAW
5.1.1.10 Menjayakan Program Kunjung Kasih
5.1.1.11 Menjayakan Sambutan Hari Guru 2018
5.1.1.12 Menjayakan Program Restu dan Tumpang Kasih Sempena UPSR 2018
5.1.1.13 Menjayakan Program Gerak Aktif Badan Beruniform (GABUS) 2018
5.1.1.14 Menjayakan Hari Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah
5.1.1.15 Menjayakan Program Berbuka Puasa 2018
5.1.1.16 Pembinaan tempat duduk bertingkat di padang
5.1.1.17 Sumbangan bagi Projek Keceriaan Sekolah
5.1.1.18 Sumbangan aktiviti Kurikulum dan Ko-Kurikulum 2018
5.1.1.19 Sumbangan Kepada Murid Cemerlang UPSR
5.1.1.20 Sumbangan untuk murid ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
5.1.1.21 Sumbangan-sumbangan kebajikan.
Tindakan : Makluman semua ahli.
6.0 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG
6.1 Cik Siti Aminah bt. Ahmad telah membentangkan Penyata Kewangan PIBG (2018)
yang berakhir pada 31 Disember 2018.
6.2 Penyata kewangan dibahagikan kepada beberapa bahagian :
Baki Akaun A (Akaun PIBG) RM 20,350.40
Baki Akaun B (Akaun Buku Kerja) RM 34,428.21
Baki Akaun C (Akaun Buku Tulis) RM 32,771.78
Baki Akaun D (Akaun Kelapa Sawit) RM 2,232.59
Baki Akaun E (Akaun Surau) RM 5,430.62
Baki Akaun F (Akaun Tanam Semula) RM 10,196.42
6.3 Baki Akaun PIBG, Kedai Buku dan Projek Ekonomi berakhir pada 31 Disember 2018
ialah RM 89,782.98.
6.4 Baki Akaun Tanam Semula dan Surau berakhir pada 31 Disember 2018 ialah RM 15,627.04.
6.5 En Iskandar bin Katmin telah mencadangkan supaya Penyata Kewangan PIBG tersebut
disahkan.
6.6 Cadangan tersebut disokong oleh En Fauzi bin Samikon dan diterima sebulat suara.
6.7 Yang Dipertua memberi sedikit penerangan tentang Program Bubur Asyura yang diadakan dua
kali dengan kos RM 1500 untuk 3 periuk.
. Tindakan : Bendahari PIBG

