Page 12 - PowerPoint Presentation
P. 12
ahad 16/2/2020
7.0 Persetujuan Bayaran Sumbangan PIBG bagi Tahun 2019 bagi setiap keluarga
7.1 Yang Dipertua telah mencadangkan agar bayaran sumbangan PIBG bagi Tahun 2019
dikekalkan kepada RM50.00 bagi setiap keluarga.
7.2 Cadangan tersebut telah disokong dan diterima sebulat suara.
Tindakan : Bendahari PIBG
8.0 Pembentangan Usul
8.1 Semua usul yang dibawa pada Mesyuarat Agung PIBG SKDIS pada kali ini diterima
sebulat suara oleh majlis. Usul-usul tersebut akan dibincangkan, dibahas dan
seterusnya diperhalusi dalam Mesyuarat AJK PIBG SK Datuk Ismail Saadon.
8.2 Usul Pertama : Pn Ida Laila Bt Usman
- Mencadangkan supaya hari terbuka diadakan pada hari Ahad.
Respon Tuan Guru Besar
- Alhamdulillah kita telah mengadakan pada hari Ahad.
8.3 Cadangan :
- Pn Salbanon binti Sulaiman mencadangkan dilantik En Fauzi bin Samikon
sebagai AJK PIBG. Cadangan diterima sebulat suara ahli mesyuarat. YDP mencadang untuk
membina satu lagi Gazebo dan dipersetujui ahli mesyuarat untuk sama-sama menyumbang
seikhlas hati.
9.0 Perbincangan Hal-Hal Lain
9..1 Pn Siti Dakwah bertanyakan tentang kerja sekolah bagi murid yang terlibat dengan latihan
luar kelas (contoh : latihan silat).
Respon Guru Besar :
InsyaAllah akan diwujudkan Group Whatsapp kelas bagi memudahkan komunikasi dengan pihak
Guru Kelas dan guru matapelajaran bagi memudahkan para ibu bapa bertanya tentang kerja
rumah kepada para guru yang berkenaan.
9.2 Pn Ruhana binti Mohamad (GPK HEM) mencadangkan untuk PAK21 agar dipasang
semua kelas dengan papan putih. Ada kelas yang masih guna kapur yang sebenarnya
tak elok untuk kesihatan.
Respon YDP :
InsyaAllah akan diusahakan gantian kepada papan putih dengan kadar segera.
10.0 Ucapan Penutup dan penangguhan
10.1 Ucapan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh semua ibu bapa.
10.2 YDP memohon maaf jika ada terkasar bahasa.Kita doakan anak-anak kita berjaya di dunia
dan akhirat.
9.3 Semoga semua ahli PIBG dapat meneruskan agenda sedia ada dan sentiasa memberikan
pendapat yang bernas kepada jawatankuasa PIBG bagi menjayakan semua aktiviti yang
dirancang.
9.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.20 pagi.

