Page 100 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 100

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

                         BIDANG TUGAS JAWATANKUASA RAWATAN & KESIHATAN

            1.  Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program   Pembangunan Kesihatan Murid:

                  1.1  Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan perkembangan fizikal,
                  psikososial dan kerohanian murid.

                  1.2  Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di sekolah.

                  1.3  Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah serta
                  agensi-agensi lain.

                 1.4   Menyelaras dan melaksanakan aktiviti Program Kesihatan Sekolah.

                 1.5  Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh,  sistematik dan efisien.

                 1.6   Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan keperluan
                  murid dan situasi setempat.

            2.  Menjalankan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan murid di sekolah.

            3.  Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program Bersepadu Sekolah
              Sihat (PBSS).

            4.  Menyedia dan menbuat laporan tahunan berkala.

            5.  Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.

            6.  Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.

            7.   Bertanggungjawab dan menguruskan rawatan  gigi dan pemeriksaan kesihatan murid, suntikan
              imunisasi yang dibuat oleh Klinik Pergigian Maran dan Pejabat Kesihatan Maran.

            8.   Bertanggungjawab dan menguruskan Kad Rawatan Gigi dan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1
              Kementerian Pelajaran Malaysia) .

            9.   Mengurus dan mendapatkan buku RKM 1 setiap murid Tingkatan 1 dari sekolah rendah masing-
              masing.

            10.  Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan Penggunaan Bilik Rawatan (KLINIK IBNU SINA).

            11.  Bertanggungjawab ke atas keselesaan dan keberkesanan fungsi     Bilik Rawatan (Klinik Ibnu Sina).

            12.  Menyedia, menyelia dan mengemas kini Buku Rekod Penggunaan Bilik Rawatan (Klinik Ibnu Sina)

            13.  Melaksanakan aktiviti dan program membasmi nyamuk aedes dan Kempen Pencegahan Denggi.

            14.  Memastikan kandungan Peti Kecemasan sentiasa mencukupi dan boleh diguna.

            15.  Menyelia dan membuat pemeriksaan mengikut kesesuaian masa untuk mempastikan bilik rawatan
               dan peralatannya dalam keadaan sempurna, baik, berfungsi dan selamat digunakan.





            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                             100
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105