Page 104 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 104
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KANTIN
1. Membantu Guru Besar dalam usaha memantau, menyelia kantin dan bertanggungjawab untuk
memastikan:
1.1 Kebersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin mematuhi
piawaian Pejabat Kesihatan Maran.
1.2 Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual.
1.3 Harga berdasarkan perjanjian kantin sekolah.
1.4 Keselamatan di kantin sekolah.
1.5 Kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan.
1.6 Menyelia laporan Bulanan kendiri kantin sekolah dan menyediakan laporan harian kantin.
1.7 memastikan murid sentiasa bersopan, berbaris dan mengamalkan pekerti (sahsiah) yang baik
semasa di kantin
1.8 makanan dan minuman yang dijual mencukupi dan kantin dikendalikan dengan cekap dan
efisyen.
2. Mengisi data dan maklumat pengurusan kantin ke dalam Sistem Maklumat Kantin (SisMAKAN):
3. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Kemeterian Kesihatan Malaysia.
4. Memastikan pengusaha dan kakitangan kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapat
suntikan Imunisasi TY2 dan memiliki kad kesihatan yang sah serta memakai pakaiankemas, apron,
tutup kepala dan berkasut ketika menjalankan tugas.
5. Memastikan Pengusaha Kantin menyediakan system penyajian dan susun atur bersistematik
(bertutup, bersih, dan terhindar dari LILATI)
6. Memastikan kantin sentiasa ceria dan dihiasi dengan poster-poster dan maklumat yang berkaitan
dengan kesihatan, pemakanan dan adap semasa makan dan minum.
7. Melengkapkan dan mengemas kini meja dan Papan maklumat di kantin.
8. Memaklumkan kepada pengusaha kantin mengenai hari-hari persekolahan dan hari cuti.
9. Mengadakan peraturan penggunaan kantin oleh pelajar dan memastikan peraturan tersebut
dipatuhi.
10.. Menyampaikan cadangan, aduan dan maklum balas daripada murid, guru, staf, ibubapa / Penjaga
kepada Guru Besar / GPK HEM untuk diambil tindakan.
11. Mengadakan mesyuarat bulanan untuk menambahbaik perkhidmatan kantin sekolah.
12. Membuat laporan tahunan tentang pengurusan kantin.
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 104

