Page 102 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 102
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA SURAU DAN MUSOLLA
1. Merancang, melaksana dan menilai program harian, mingguan, bulanan dan tahunan berkaitan
dengan mengimarahkan penggunaan surau sekolah.
2. Menyediakan jadual aktiviti solat berjemaah di surau sekolah.
3. Menyelaras aktiviti PAFA, Kem Bestari Solat, Solat Hajat Mingguan, Bacaan Yasin, Solat Dhuha & Solat
Zohor Berjemaah.
4. Menyediakan kemudahan/keperluan supaya aktiviti berjalan dengan lancar.
5. Memastikan penglibatan pelajar Islam adalah menyeluruh.
6. Memastikan surau dan kawasan sekitarnya sentiasa bersih dan ceria.
7. Memastikan segala aspek keselamataN surau dan alatannya terjamin.(lampu, kipas, jam, alatan
siaraya, dll).
8. Mengawasi dan menyelia penggunaan peralatan surau; alat siaraya, Al-Quran, Surah Yasin, sejadah,
telekung, selipar, dll.
9. Menyelia dan memastikan tempat mengambil wuduk dapat digunakan dengan selesa.
10. Menyedia dan mempamerkan carta organisasi surau, jadual bertugas, jadual amali solat, jadual
masuk waktu solat, takwim, dll.
11. Menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan sahsiah, emosi dan rohani pelajar serta
jatidiri pelajar bagi tujuan melahirkan modal insan yang berkualiti.
12. Memastikan surau tidak disalahgunakan oleh murid untuk ponteng kelas.
13. Menyelia dan membuat pemeriksaan bangunan mengikut kesesuaian masa untuk memastikan
surau dan musolla berada dalam keadaan sempurna, baik dan selamat digunakan.
14. Merancang dan melaksanakan program gotong royong membersih dan menceriakan surau dan
musolla.
15. Melantik Jawatankuasa di kalangan pelajar untuk menjaga kebersihan dan keceriaan surau dan
musolla.
16. Membuat penilaian/post mortem/laporan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti dan
didokumentasikan.
17. Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberi oleh Guru Besar dan GPK dari masa ke semasa.
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 102

