Page 106 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 106

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

              BIDANG TUGAS JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT & BENCANA ALAM


            1.Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan sekolah.
                  1.1  Menyediakan polisi, manual dan tatacara  tindakan
                         berkaitan keselamatan di sekolah.
                  1.2  Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi
                         menghadapi krisis dan bencana alam.
                  1.3  Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk
                         murid-murid dan sekolah.
                   1.4  Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga
                          dalam Pendidikan  Keselamatan.
                   1.5  Menentukan warga sekolah didedahkan dengan
                          kemahiran menghadapi  bencana dan kecemasan.
                   1.6  Bekerjasama dengan komuniti, agensi  kerajaan dan
                   kerajaan yang  berkaitan keselamatan.

            2.    Melaksanakan pemantauan, penilaian dan  pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah terutama
                   perkakas elektrik, suis dan pendawaian dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

            3.    Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.

            4.    Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi
                    oleh Syarikat kawalan keselamatan sekolah.

            5.    Menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditentukan oleh badan-
                    badan professional yang berkaitan dengan keselamatan.

            6.    Menyediakan dan mempamerkan pelan laluan keselamatan setiap blok bangunan dan bilik-bilik
                   dan mengawalselia  Sudut Sekolah Selamat.

            7.   Mempamerkan papan tanda “BAHAYA” di tempat yang  sesuai.

            8.    Merancang dan melaksanakan aktiviti latihan kecemasan dan kebakaran dengan bantuan pihak
                   Bomba dan Penyelamat.

            9.    Mengawalselia dan mempastikan semua alat pemadam api, hos pemadam api dan pili bomba
                   sentiasa dalam keadaan baik , berfungsi dan selamat digunakan.

            10.  Merancang dan melaksanakan program  intervensi mangsa bencana alam berpandukan Modul
                    Intervensi Mangsa Bencana Alam Untuk Murid SK dan SM (Sukan dan Permainan) yang  disediakan
                    oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,KPM.

            11.  Memastikan semua pelawat mendaftar nama dan  mendapatkan Pas Pelawat di pondok pengawal.

            12.  Merancang dan mengadakan sistem pergerakan murid ketika datang dan balik sekolah serta
                   mengawalselia pergerakan murid dengan kerjasama Pengawas Sekolah.

            13.   Mengawalselia pergerakam kenderaan yang masuk dan keluar kawasan sekolah.






            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                             106
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111