Page 128 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 128
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
MATLAMAT AKTIVITI KOKURIKULUM
SK BANDAR PUSAT
TAHUN 2020
1. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk
a) Menyemai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan
murid,
b) Memperseimbangkan antara perkembangan mental ( akademik ) dengan perkembangan
social, jasmani dan rohani murid,
c) Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid di dalam sekolah dan
antara sekolah,
d) Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid di dalam gerak kerja yang
diceburi,
e) Membina dan meningkatkan disiplin murid-murid,
f) Membina dan meningkatkan suasana sekolah supaya lebih menarik serta
menggembirakan,
g) Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan
ibu bapa dan masyarakat.
2. Matlamat di atas menegaskan betapa pentingnya perkembangan sosial sebagai objektif utama
kegiatan kokurikulum. Perkembangan kesedaran, identiti dan kualiti perseorangan,
memperolehi sensitiviti dan kemahiran perhubungan yang perlu beroperasi dengan berkesan
dan kreatif di dalam kumpulan, biasanya kumpulan sebaya dan kecil.
3. Selain daripada perkembangan sosial di kalangan murid-murid, guru-guru dan ahli
masyarakat boleh bersama-sama bergiat di dalam kegiatan kokurikulum sekolah. Dengan
demikian, guru dan ahli masyarakat setempat dapat kenal-mengenali antara satu sama lain
dengan lebih mesra.
4. Kegiatan kokurikulum di dalam sukan dan permainan memberi peluang kepada
perkembangan fizikal murid-murid. Manakala kegiatan luar pula seperti membaca peta dan
mengembara, menggalakkan kecergasan kesihatan serta pertumbuhan kemahiran hidup dan
keyakinan.
TUJUAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1985 mengenai aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah yang
dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berkehendakan
setiap murid menyertai kesemua tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu;
a) Kelab dan Persatuan,
b) Sukan dan Permainan dan
c) Unit Beruniform.
2. Surat Pekeliling tersebut menekankan empat perkara penting, iaitu;
a) penyertaan yang diwajibkan,
b) jenis aktiviti di luar bilik darjah diperbanyakkan,
c) cara yang lebih sistematik di dalam pengelolaan aktiviti-aktiviti dan
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 128

