Page 132 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 132

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020




                                          TUGAS-TUGAS GURU PEMIMPIN

                                                  UNIT BERUNIFORM



            1.     Mendaftar ahli-ahli ( Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 ) bagi menubuhkan unit pasukan.

            2.     Mendapatkan borang dan menguruskan pendaftaran tubuh unit pasukan berkenaan sekiranya
                   perlu didaftarkan.

            3.     Merancang dan menentukan sumber kewangan bagi unit apasukan berkenaan untuk kegiatan-
                   kegiatan tertentu.

            4.     Bertanggungjawab  menyimpan  dan  menguruskan  rekod-rekod  keahlian  dan  kegiatan  yang
                   dijalankan.

            5.     Mewakili Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum menghadiri sesuatu mesyuarat
                   atau perjumpaan setempat sama ada Zon atau Daerah sekiranya Guru Besar atau Guru Penolong
                   Kanan Kokurikulum tidak dapat menghadirkan diri.

            6.     Sentiasa  bersedia  dan sanggup  menghadiri  kursus,  ceramah,  khemah  kerja  dan  lain-lain  dan
                   sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan dengan unit pasukan berkenaan.

            7.     Bertanggungjawab mengurus penyertaan setempat sama ada Zon atau Daerah dan sekiranya
                   perlu di peringkat Negeri.

            8.     Mendapatkan  kebenaran  bertulis  dari  ibu  bapa  atau  penjaga  apabila  kegiatan  unit  pasukan
                   berkenaan diadakan di luar kawasan sekolah.

            9.     Bertanggungjawab  mengawas  dan  menentukan  keselamatan  murid-murid  semasa  mereka
                   menghadiri  atau  menjalankan  kegiatan.  Sekiranya  berlaku  sesuatu  hal  yang  tidak  dapat
                   dielakkan, Guru Besar perlu dihubungi dan mengikut keadaan, ibu bapa atau penjaga hendaklah
                   dihubungi jika perlu.

            10.    Bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan pada akhir minggu persekolahan tahun itu
                   dan menyerahkannya kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

            11.    Merancang keperluan alatan dan mengemukakannya kepada Guru Besar.
















            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                             132
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137