Page 129 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 129
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
d) penyertaan orang dewasa atau masyarakat setempat di dalam aktiviti yang dirancang.
3. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah menegaskan bahawa,
kokurikulum bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran seperti di dalam
menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama dan sedia berkhidmat di kalangan murid.
4. Buku Panduan ini juga menerangkan bahawa, sebagai satu bidang pendidikan, gerak kerja
kokurikulum adalah berasaskan kepada tanggapan berikut;
a) Semua murid harus mempunyai perseimbangan di antara perkembangan mental
(intelek) dengan perkembangan social, jasmani dan rohani,
b) Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan-rakan
mereka,
c) Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dmajukan,
d) Sekolah bertanggungjawab melahirkan murd-murid untuk keperluan masyarakat dan
e) Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan di dalam mendidik
murid-murid.
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 129

