Page 3 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 3

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020




                                                        PRAKATA



             Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
             limpah dan kurniaNya kita masih diberi peluang dan ruang untuk terus mencurahkan khidmat
             bakti di sekolah ini. Saya mengajak diri saya dan tuan-puan untuk memikul tanggungjawab dan
             amanah  yang  diberikan  dengan  penuh  jujur,  dedikasi  dan  komitmen  yang  tinggi  bagi
             merealisasikan visi dan misi sekolah secara bersama.

             Tugas kita menjadi lebih rencam dan mencabar bagi memenuhi pendidikan berteraskan nilai
             manusiawi  yang  meliputi  nilai  keinsanan,  soft  skill  (kemahiran  insaniah)  dan  nilai
             kebolehpasaran. Disamping terus istiqamah menjayakan 6 aspirasi murid seperti mana yang
             dituntut  oleh  PPPM  iaitu  ;  melahirkan  insan  yang  berpengetahuan,  mempunyai  kemahiran
             berfikir  aras  tinggi  (KBAT),  kemahiran  memimpin,  kemahiran  dwi  bahasa,  etika  dan
             kerohanian serta beridentiti nasional.

             Usaha  ini  memerlukan  kita  bekerja  sebagai  satu  pasukan  yang  mantap  (teamwork)  bagi
             menjayakan  visi  sekolah.  Tidak  ada  makna  kepada  organisasi  kita,  jika  ada  diantara  kita
             masih  kekal  dengan  paradigma  dan  pemikiran    lama  yang  konvensional,  sukar  keluar
             daripada zon selesa, pasif dan tidak proaktif, menunggu arahan semata mata, tidak kreatif dan
             inovatif serta tidak mahu berkorban lebih daripada biasa.

             Justeru,  sebagai  permulaannya  marilah  sama-sama  kita  mengubah  paradigma  berikut  yang
             sentiasa melingkari minda kita:

                     1.  Gaya  kerja  bercirikan  kebiasaan  (ordinary)  kerana  tidak  melihat  potensi  dan
                        keluarbiasaan  yang ada dalam diri kita. Setiap kita ada kelebihan dan serlahkan
                        kehebatanmu demi organisasi kita.

                     2.  Berfikiran  stereotype  dan  mempraktikkan  “more  of  the  same”  yang  akhirnya
                        menghasilkan “more of the same juga”.
                     3.  Tidak mempunyai  objektif yang jelas dalam sesuatu tindakan sehingga berlakunya
                        lencongan misi.
                     4.  Melihat  lebih  banyak  masalah  daripada  peluang  dan  seterusnya  membataskan
                        pemikiran diri dengan masalah.

                     5.  Mempertahankan keselesaan (comfort zone) dan tidak membuat penambahbaikan
                        (improve)

                     6.  Sekadar  penumpang  dan  penyumbang  minima  (low contributes)  dan  adakalanya
                        hanyut tanpa komitmen (floaters without comitment)
                     7.  Sukar  keluar  daripada  skop  kebiasaan  kerja  dan  bersikap  tidak  cakna  kepada
                        persekitaran.  Saling  mengharap  kepada  orang  lain  untuk  menyelesaikannya
                        sedangkan kita sendiri berupaya untuk menyelesaikannya.





            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                                3
   1   2   3   4   5   6   7   8