Page 4 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 4

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

            Saya menyeru untuk setiap guru dan AKP membuat anjakan paradigm (paradigm shift) di dalam
            diri  masing-masing,  seiringan,  segandingan  mengorak  langkah,  sederap  dan  sebahu  untuk
            melonjakkan kecemerlangan sekolah dengan cara berikut:

                    1.  Menyerlahkan  kegembiraan  (happiness),  membugarkan  kasih  sayang  (love)  dan
                        menyemarakkan  saling  hormat  menghormati  (mutual  respect)  dalam  kalangan
                        seluruh warga SK Bandar Pusat.
                    2.  Terus bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu (team work)

                    3.  Berkerja  dengan  penuh  ketelusan  dan  ketulusan  dan  membina  kejelekitan
                        hubungan antara guru – murid – AKP serta melihat murid sebagai sumber rezeki.
                    4.  Mengamalkan keterbukaan minda – proaktif dan sentiasa berfikir untuk membuat
                        penambahbaikan (kaizen) secara kreatif dan inovatif.

                    5.  Menajamkan fokus terhadap segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan dan
                        seterusnya menjalankan tugas tersebut dengan cekap,cepat dan tepat.

                    6.  Menjadikan setiap kerja  sebagai satu ibadah - “Tugas kita adalah mulia”.
                    7.  Melaksanakan pengurusan masa dengan sistematik  dan efektif.

                    8.  Menghasilkan  keseronokan  dalam  P&Pc  (fun  learning)  serta  konsep  ABCT  (Any
                        Body  Can  Teach)  dan  ABCL  (Any  Body  Can  Learn)  demi  kemenjadian  dan
                        kebolehpasaran murid.

                    9.  Meletakkan masalah sebagai cabaran dan  di dalam cabaran ada peluang.

                    10. Meletakkan  rasa  kesepunyaan  (ownership)  yang  tinggi  terhadap  organisasi  —
                        “jatuh bangun adalah hak milik bersama”

            Selaku  peneraju  sekolah,  saya  sangat  yakin  sekiranya  kesemua  perkara  di  atas  mampu
            dilaksanakan  dengan  baik,  maka  sekolah  kita akan  muncul  sebagai  sekolah  yang  terhebat  di

            daerah Maran. Yakinlah,  kita sudahpun memiliki aset dan kebolehupayaan untuk mencapainya.
            Yang  kita  perlu  buat  ialah  penambahbaikan  yang  berterusan.  Akhir  kata  dari  saya,  selamat

            menjalankan tugas.


            Selamat Tahun Baru.

            Sekian, Terima Kasih.




            Puan Hajah Latipah binti Omor
            Guru Besar
            SK Bandar Pusat
            Sekolah Kluster Kecemerlangan
            26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka







            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                                4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9