Page 6 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 6
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK Bandar Pusat komited, ikhlas dengan penuh iltizam akan memberikan
perkhidmatan terbaik kepada:
1. MURID
- Memberikan pendidikan yang cemerlang dan seimbang dengan melaksanakan
proses pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan
untuk semua murid mengikut jadual dan jadual waktu ditetapkan.
- Memastikan buku latihan / kerja bertulis disemak tidak lebih 3 sehari selepas
dikumpulkan.
- Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan pendidikan menerima
hak mereka.
- Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan koakademik
dan kokurikulum yang ditetapkan mengikut kesesuaian bakat, kebolehan dan
kesihatan.
- Memastikan semua murid mendapat peluang dan hak sama rata, adil dan
saksama menggunakan segala kemudahan fizikal dan kemudahan pendidikan
yang ditetapkan.
2. GURU DAN KAKITANGAN
- Setiap guru dan kakitangan mendapat gaji pada masa yang ditetapkan.
- Setiap guru dan kakitangan menerima Latihan Dalam Perkhidmatan
- ( LADAP ) dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya 7 hari setahun
sama ada peringkat dalaman / luar organisasi SKBP.
- Sebarang masalah khususnya berkaitan perkhidmatan / perjawatan diambil
tindakan segera ( tidak lewat hari bekerja ).
3. IBU BAPA / PENJAGA
- Setiap ibu bapa / penjaga yang berurusan dengan pihak sekolah mendapat
layanan adil, amanah dan bertanggungjawab.
- Setiap aduan / komplen akan disiasat dengan manasabah dan maklum balas
akan diberi tidak lewat 3 hari bekerja.
- Setiap cadangan / usul yang baik dan manasabah akan dibincangkan dalam
mesyuarat AJK PIBG dan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah.
4. STAKE HOLDER
- Memastikan setiap arahan, maklumat, siaran dan pekeliling yang diterima
mendapat tindakan tidak lewat 3 hari bekerja selepas surat / arahan diterima
atau sehari sebelum tarikh ditetapkan.
Sekiranya anda kurang berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan, silalah
berhubung terus dengan Guru Besar atau hubungi talian telefon 09-4676448, fax 09-4676449
atau e-mail cba9117.skbandapusat@gmail.com
GURU BESAR
SK BANDAR PUSAT
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 6

