Page 82 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 82

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020


                                      BIDANG TUGAS JAWATANKUASA DISPLIN


            1.   Membantu Guru Besar merancang, menyelaras  dan melaksanakan program yang
                  diputuskan oleh  Lembaga Disiplin Sekolah.

           2.    Menentukan / menggubal dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan Surat-Surat
                  Pekeliling  Ikhtisas KPM.

           3.   Memastikan semua guru adalah guru disiplin  dalam usaha menguatkuasakan peraturan     sekolah.

            4.   Menyediakan perancangan tahunan untuk meningkatkan pengurusan disiplin murid.

           5.    Membantu menyelesaikan masalah disiplin  yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

           6.    Memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh semua murid.

           7.  Bekerjasama dengan Lembaga Pengawas Sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua
              majlis sekolah

           8.  Merancang, melaksana, dan menilai program untuk menanamkan semangat  kesetiaan  dan kekitaan
              di kalangan    murid-murif dan guru-guru.

           9.  Merancang, melaksana dan menilai program @  kursus Kepimpinan kepada semua barisan pentadbir
              cilik ( pengawas sekolah, pengawas PSS, Pengawas PRS, Pengawas PPDa & Ketua Kelas) bagi
              memberi latihan ya yang secukupnya untuk memahami tugas dan peranan mereka dalam membantu
              semua guru menjaga disiplin.

           10.  Menerima laporan / aduan daripada guru , guru pengawas dan pengawas  serta menyiasat  bagi
               memastikan kesahihan aduan

           11.  Merekodkan dan menyimpan data dan  maklumat disiplin dengan selamat dan senang diperolehi
               dalam sistem SSDM dan e-Disiplin.

           12. Menyediakan dan membekalkan data, maklumat dan laporan disiplin secara berkala  kepada KPM,
               JPN Pahang dan  PPD Maran.

           13. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak  sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani
               kes-kes disiplin murid.

           14. Dengan arahan Pengetua, apabila difikirkan  perlu oleh beliau, membincangkan kes-kes disiplin yang
                   berat sebelum keputusan muktamat diambil ke atas murid berkenaan.

           15. Memastikan segala tindakan yang diambil adalah berpandukan   Surat-surat Pekeliling  Ikhtisas
               KPM, Surat-Surat Siaran JPNP serta PPD Maran dan Buku Panduan Tatacara Pengurusan Disiplin.

           16. Bekerjasama dengan Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Maran dengan mengadakan ceramah,
               lawatan berkala dan program pemantapan disiplin murid.






            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              82
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87