Page 84 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 84

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

                  BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING (BdK ) & PRS


            1     Meneliti dan memahami 22 Tugas dalam Senarai Tugas  Pegawai Bimbingan Dan Kaunseling
                Sekolah Rendah (Lampiran II)  dan Bidang Dan tanggungjawab GBK (Lampiran III) sebagai asas
                rujukan untuk  melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di sekolah.

            2      Menyediakan Perancangan/ Takwim Tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
                   dan membentangkannya dalam mesyuarat JK Induk HEM.

            3.    Memberitahu / menyebar luas kepada guru kelas, guru-guru dan murid-murid tentang
                    pelaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

            4.    Mengawalselia Unit Pembimbing Rakan  Sebaya (PRS)   dan PPDa.

            5.     Merancang dan melaksanakan Program  Kaunseling Berfokus kepada Kumpulan Akademik
                Cemerlang dan Galus, Kumpulan Murid Ponteng dan Berisiko Tinggi.

            6.     Mengurus dan mentadbir Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

            7.     Mengawalselia Kelab Bimbingan dan Kerjaya

            8.     Merancang dan melaksanakan Sesi  Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok.

            9.     Memastikan JK Bimbingan dan kaunseling mempunyai Struktur serta Carta Organisasi,
            menyediakan Fail Kuasa dan minit mesyuarat.

            10.   Memastikan Rekod Pelaksanaan Modul dan Rekod BK Masuk Kelas Ganti disediakan.

            11.   Memastikan GBK mempunyai Fail Meja.

            12.   Memastikan Borang-borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan.

            13. Membantu melaksanakan Program  Perkembangan Staf.

            14.   Merancang, merekabentuk dan melaksanakan Program Inovasi Bimbingan dan Kaunseling

            15.   Merancang, merekabentuk dan melaksanakan Kajian Kes Perkhidmatan Bimbingan Dan
                Kaunseling.

            16.  Merancang, melaksana dan menyertai Aktiviti Karnival Kaunseling Kerjaya.

            17.   Merancang, mengelola dan mengawalselia program orientasi murid Tahun 1.

            18.   Menjalankan ujian khas untuk mengesan   potensi, minat dan sahsiah  pelajar.

            19.   Menyelaraskan hubungan sekolah dengan Agensi dan  jabatan luar untuk mendapat   khidmat
                nasihat.

            14. Menjalankan kajian untuk mendapatkan maklum balas mengenai program-program yang
                dirancang.

            15.  Membuat Analisis dan Rumusan terhadap Prestasi  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
                dijalankan sepanjang tahun dan diserahkan serta disahkan oleh Pentadbir.

            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              84
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89