Page 88 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 88

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020




                       BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PERHIMPUNAN & SIARAYA SEKOLAH


            1.   Mengurus dan mengelola majlis perhimpunan Mingguan dan perhimpunan harian sekolah.

            2.    Menyediakan tatacara perhimpunan dan teks Takbir Urus Majlis (perhimpunan harian pagi
               dan sebelum balik, mingguan, khas) untuk dibaca oleh pengawas bertugas   bagi
               melancarkan perjalanan majlis.

            3.    Bersama dengan JK  Pengawas  Sekolah bagi menyediakan jadual bertugas pengawas
               ketika perhimpunan.

            4.    Bersama dengan JK Ketua Kelas dan Pen. Ketua Kelas bagi menguatkuasakan  peraturan /
               kawalan pergerakan murid ke tapak perhimpunan, balik ke kelas dan ketepatan waktu
               hadir ke perhimpunan.

            5.    Bersama dengan guru disiplin dan guru  bertugas mingguan memantau dan mengawal
               disiplin murid semasa   perhimpunan.

            6.   Membuat hebahan / pengumuman bila perhimpunan akan diadakan ( 7.200 pagi).

            7.   Mengurus perjalanan pelajar ke tapak perhimpunan dengan bantuan pengawas  sekolah
                  dan Ketua Kelas.

            8.   Memastikan murid-murid berbaris  lurus mengikut kelas masing-masing sebelum
                  perhimpunan dimulakan.

            9.   Memastikan kerusi  guru di atas pentas  mencukupi.

            10. Memastikan semua peralatan perlu : mikrofon, tiang pemegang mikrofon, amplifier dan
                   speaker berfungsi dan tersedia sebelum perhimpinan.

            11.  Memastikan pengawas bertugas menaikan bendera berada di lokasi tiang bendera.

            12.  Memastikan pengawas bertugas mengarahkan murid-murid bersedia, berdiri  tegak dan
                    menghayati  nyanyian lagu Kebangsaan, lagu Negeri Pahang  dan lagu Sekolah.

            13.  Menyediakan teks Ikrar Rukunegara, Ikrar Pelajar, Doa mula sesi persekolahan , doa tamat
                   sesi Persekolahan untuk dibaca oleh pengawas bertugas.

            14. Bersama guru bertugas mingguan bagi mencatat dan menyediakan minit perhimpunan
               dalam Buku Laporan Perhimpunan.

            15. Mengadakan program khusus kepada pengawas dan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
                   bagi memantapkan pengurusan perhimpunan sekolah.




            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              88
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93