Page 9 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 9
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sejarah Sekolah.
Mula beroperasi pada 07 Januari 1974. Muridnya 29 orang iaitu 16 lelaki dan 13 perempuan. Hanya
mempunyai sebuah bangunan 8 bilik darjah, sebuah kantin dan 3 buah rumah guru didirikan di atas
tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) seluas 2.469 hektar.
Sekarang, SKBP mempunyai 6 blok bangunan, sebuah kantin yang diubahsuai, Makmal Komputer, Pusat
Akses, 6 buah rumah guru dan sebuah bangunan Pra Pendidikan Khas. Jumlah murid telah menjangkau
seramai 622 orang, 57 orang guru dan kakitangan seramai 13 orang. Sebuah surau yang boleh
memuatkan hampir 100 murid telah dibina dengan peruntukan Jabatan Agama Islam Pahang pada
2005.
Hingga sekarang, SKBP mempunyai hampir semua kemudahan prasarana yang sempurna sebagai
sebuah sekolah yang terbesar di dalam wilayah Jengka. Pada 2011, sebuah bangunan Prasekolah baru
dibuka bagi menampung seramai 25 orang lagi murid selaras dengan matlamat kerajaan di dalam
NKRA untuk meningkatkan jumlah kanak-kanak 4 – 6 tahun memasuki alam persekolahan.
Masa terus berlalu, SKBP giat mengorak langkah, usaha dan iltizam menggapai matlamat selaras
perkembangan pendidikan terkini.
Senarai Nama Guru Besar
Bil Nama Guru Besar Perkhidmatan di SK Bandar Pusat
1. Mohd Said bin Ngah 07.01.1974 – 31.12.1984
2. Haji Shamsuddin bin Awang 01.01.1985 – 30.09.1987
3. Abdullah bin Idin 01.10.1987 – 15.09.1992
4. Haji Md.Chik bin Abdullah 16.09.1992 – 31.01.1996
5. A.Karim bin Manaf 01.02.1996 – 28.02.2006
6. Haji Hamzah bin Mat Ali, AMP. 01.03.2006 – 15.03.2016
7. Hajah Latipah binti Omor 16.03.2016 - sekarang
Enrolmen Murid Pada 31 Disember 2019
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah Bil.Kelas
Kelas Pend.Khas Integrasi 32 8 40 6
PraSekolah 25 25 50 2
Prasekolah Pendidikan Khas 3 0 3 1
Tahun 1 50 55 105 3
Tahun 2 50 57 107 3
Tahun 3 40 33 73 3
Tahun 4 53 36 89 3
Tahun 5 55 39 94 3
Tahun 6 46 48 94 3
JUMLAH 354 301 655 27
SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan 9

