Page 127 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 127

PENGURUSAN / TATACARA TINDAKAN PONTENG KOLEJ

              1.  Pensyarah pembimbing kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan
                   SURAT AKUAN SIJIL SAKIT hospital/klinik atau SURAT MAKLUMAN DARI IBUBAPA/PENJAGA
                   DENGAN TANDA TANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir.  Pelajar yang tidak
                   hadir selama dua hari TANPA surat ini dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke kolej berjumpa pihak
                   kolej (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah).
                     Sila tanda (S) sekiranya ada surat yang sah – dikira tidak hadir bersebab
                     Sila tanda (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu – dikira ponteng
                     Sila tanda (W) jika mewakili kolej ke pertandingan/aktiviti – dikira hadir
                     Sila tanda (L) jika lewat  – dikira hadir

              2.  Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ke 3  untuk pelajar yang tidak datang ke kolej
                   selama 3 hari berturut-turut atau pada hari ke 10  pelajar tidak hadir bukan secara berturut-
                   turut tanpa surat (bertanda P)

              3.  Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke kolej 7 hari berturut-turut
                    selepas Surat Amaran Pertama dikeluarkan.  Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga
                    sekiranya telah ditanda (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

              4.  Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas
                   Surat Amaran Kedua dikeluarkan.  Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditanda
                   (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

              5.  Selepas tempoh 14 hari ponteng kolej daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi
                   hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditanda (P) bagi hari tidak hadir bukan
                   berturut-turut, pelajar boleh DIBUANG KOLEJ.

              6.  Surat Buang Kolej untuk tujuan memberitahu ibubapa/penjaga bahawa anaknya telah dibuang
                   kolej hendaklah ditandatangani oleh Pengarah Kolej yang dihantar secara Pos Berdaftar.

              7.  Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu KECUALI ibubapa/penjaga pelajar membuat rayuan
                    kepada Pendaftar Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

                                           HARI TIDAK HADIR (P)       HARI TIDAK HADIR (P)        WARNA
                      JENIS SURAT
                                            BERTURUT-TURUT          BUKAN BERTURUT-TURUT          SURAT
                  Amaran Pertama
                                         Pada hari ke 3           Pada hari ke 10                  HIJAU
                                         7 hari selapas Amaran
                  Amaran Kedua                                    10 hari selepas Amaran Pertama   BIRU
                                         Pertama
                                         7 hari selepas Amaran
                  Amaran Terakhir                                 20 hari selepas Amaran Kedua    MERAH
                                         Kedua
                                         14 hari selepas Amaran
                  Buang Kolej                                     20 hari selepas Amaran Terakhir   KUNING
                                         Terakhir
                  Jumlah Hari Tidak Hadir
                                         31 hari                  60 hari












                                                                                                           118
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132