Page 21 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 21
Kepada,
Semua Pensyarah,
Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
78000 Alor Gajah,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.
Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
BIL. 2/2020 – GARIS PANDUAN BERTINDAK BAGI PENSYARAH KE ARAH PERPADUAN IKHTISAS
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berhubung dengan perkara di atas, disertakan perkara yang berikut untuk makluman dan tindakan Tuan./puan.
1. Sikap dan Semangat Ikhtisas
1.1. Semangat Professional: Sebagai seorang profesional anda hendaklah bertugas dengan penuh
dedikasi tanpa dipengaruhi oleh perasaan dan prasangka. Anda hendaklah sentiasa berpandukan
tatasusila profesion pensyarah yang mengutamakan kepentingan pelajar dan kolej. Sebagai pegawai
kerajaan anda hendaklah mematuhi Perintah Am (General Order).
1.2. Kesetiaan: Anda hendaklah menjalankan arahan yang diberikan kepada anda. Jika tidak puas hati
dengan sesuatu arahan, anda boleh menemui Pengarah bagi mengemukakan pendapat dan
pandangan. Jangan sekali-kali mengeluarkan kenyataan menyoal kebijaksanaan pihak Pentadbiran
Kolej, lebih-lebih lagi di hadapan pelajar. Anda juga diingatkan supaya tidak membuat kenyataan yang
akan menjejaskan keyakinan pelajar terhadap Pentadbiran Kolej ataupun menjatuhkan imej
seseorang pensyarah atau kakitangan lain.
1.3. Semangat Sepasukan: Setiap orang pensyarah yang bertugas di kolej ini mestilah menerima hakikat
bekerja dalam satu pasukan. Semangat sepasukan perlu sama dipupuk supaya dapat menghasilkan
kerjasama bagi memastikan kejayaan semua rancangan dan program Kolej. Di samping itu, keutuhan
organisasi dan kelicinan pentadbiran kolej ini akan terjamin jika semua pensyarah :-
1.3.1 Mematuhi Arahan: Kerjasama semua pensyarah adalah diharapkan bagi melaksanakan apa
jua arahan Pengarah.
1.3.2 Menyelesaikan masalah melalui perundingan : Jika menghadapi masalah berhubung
dengan perkhidmatan dan tugas ikhtisas, anda hendaklah merundingkan dengan rakan
sejawat yang berpengalaman, semua Ketua Jabatan, Timbalan Pengarah Akademik,
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pengarah untuk mendapatkan penyelesaian.
1.3.3 Surat menyurat: Memastikan semua surat menyurat kepada pihak luar dibuat melalui
Pengarah.
1.3.4 Siaran: Memastikan surat siaran yang diedarkan di kolej ditandatangani oleh Pengarah
sebelum diedarkan.
1.3.5 Urusan Luar: Mendapatkan kebenaran bertulis Pengarah terlebih dahulu sebelum menemui
mana-mana pihak agensi di luar.
2. Teaching Portfolio (TP)
Semua TP perlu mematuhi Pekeliling kementerian Pendidikan 256: Pindaan kepada Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.3/1999 bertarikh 9/3/1999. TP hendaklah mengandungi dua unsur yang penting iaitu Rancangan
Sesi Latihan (RSL), dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut
prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.
16

