Page 22 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 22
2.1 Arahan Pekeliling ini dicetak pada TP hendaklah dipatuhi.
2.1.1 Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV): KSKV bagi semua kursus yang diajar hendaklah
tercatat dalam TP. RSL hendaklah disiapkan dalam TP.
2.1.2 Rancangan Sesi Latihan (RSL)
RSL mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan KSKV yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.1.3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
RPH merupakan terjemahan RSL yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Selain
dari menjadi panduan dan ingatan kepada pensyarah yang menggunakan TP catatan yang dibuat
mestilah berguna bagi orang lain yang hendak mengetahui apa yang diajar sekarang, telah diajar dan
yang akan diajar oleh pensyarah bagi kuliah tertentu.
2.1.4 Penyelaras Program: Hendaklah mencatat dan mengemaskini segala REKOD MENGENAI pelajar
dan alatan dalam ruangan khas.
2.1.5 Penilaian dan Pentaksiran: Rekod Ujian dan pentaksiran yang dijalankan hendaklah sentiasa
kemaskini. Soalan ujian hendaklah dicatatkan pada ruangan tertentu dan keputusan ujian/peperiksaan
hendaklah direkodkan dengan betul.
2.2 Teaching Portfolio bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan
penyediaan RSL dan RPH juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
2.3 Penyemakan dan penyerahan: TP hendaklah dihantar pada setiap hari Jumaat atau hari akhir
pembelajaran dalam seminggu atau pada akhir tahun atau apabila tamat bertugas di kolej ini kerana
pertukaran atau lain-lain untuk pemeriksaan. TP hendaklah dikembalikan kepada pihak kolej
mematuhi Nota Serah Tugas seperti yang diarah oleh JPA melalui surat JPA 193/6/3-4(2) bertarikh
19 Julai 1985.
3. Mengajar
3.1. KSKV: Hendaklah diikuti dengan betul. Pensyarah mestilah mengetahui sebarang perubahan kepada
KSKV. Sila hubungi Ketua Jabatan/Ketua Unit apabila ragu-ragu. Sila pastikan sama ada sukatan
pelajaran tahun lepas diselesaikan sebelum memulakan sukatan tahun ini.
3.2. Kaedah Mengajar: Pensyarah-Pensyarah mestilah menggunakan kaedah mengajar yang berkesan
dengan membuat persediaan yang terperinci, menyediakan alatan mengajar dan menggunakan
kemudahan panduan mengajar yang moden seperti alat berbantu komputer, LCD, OHP dll. Nota
pengajaran, Methode, teknik dan sebagainya hendaklah dilaksanakan dapatan/isi-isi seperti yang
telah disampaikan dalam kursus-kursus Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). Pendekatan
Kajian Tindakan hendaklah dilaksanakan oleh semua pensyarah kursus. Kajian ini secara tidak
langsung memberi ruang kepada pensyarah untuk muhasabah diri dalam pelaksanaan P&P melalui
kaedah dengan mengenalpasti masalah P & P merancang, melaksana dan menilai. Penilaian yang
dibuat dapat membantu dalam membuat penambahbaikan dan seterusnya meningkatkan kualiti
P & P. Segala laporan kajian tindakan yang dibuat perlu didokumentasikan.
17

