Page 23 - Buku Pengurusan KVDSMZ 2021
P. 23

3.4    Masa Mengajar: Pensyarah hendaklah berada di kuliah mengikut jadualnya.

                      3.5   Berdiri  mengajar:  Apabila  berada  di  kuliah,  pensyarah  hendaklah  berdiri  mengajar  kecuali  dalam
                            keadaan  tertentu.  Sewaktu  pelajar  membuat  kerja,  pensyarah  hendaklah  berjalan  mengawasi
                            perlakuan kerja pelajar.

                      3.6   Waktu Bebas/Free Period: Waktu tidak mengajar hendaklah digunakan untuk persediaan mengajar,
                            memeriksa kertas/kerja pelajar atau kegiatan yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.
                            (Pekeliling Ikhtisas Pendidikan Bil.3/1981)
                      3.7   Tugas  Gantian: Apabila ditugaskan untuk  relief atau tugas gantian pensyarah tersebut hendaklah
                            pergi ke kuliah dan mengajar atau mengadakan kegiatan pendidikan yang sesuai.

                      3.8   Membaca  Buku  Teks:  Pelajar  seharusnya  digalakkan  membaca  buku  teks  sebagai  persediaan
                            sebelum mengajar sesuatu topik. Elakkan dari mengajar dengan membaca buku teks di dalam kuliah.

                      3.9   Kerja  Pelajar:  Untuk  mendapatkan  hasil  pembelajaran  yang  berkesan,  latihan  yang  mencukupi
                            mestilah diberikan kepada pelajar dalam bentuk kerja kuliah dan kerja rumah. Semua kerja pelajar
                            diperiksa  dan  ditanda  oleh  pensyarah  berkenaan.  Pelajar  mestilah  diarahkan  untuk  membuat
                            pembetulan kepada semua kesalahan.

                      3.10   Penilaian dan Pentaksiran: Ujian dan pentaksiran adalah sebahagian penting dari kurikulum kolej.
                            Ia merupakan alat bagi mengukur keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.  Oleh itu, mustahak
                            bagi  semua  pensyarah  yang  berkenaan  mematuhi  arahan  khas  ujian  yang  akan  dikeluarkan  dari
                            semasa ke semasa.

                      3.11   Pencerapan: Selaras dengan Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 bertarikh 11 Nov.1987 – penyeliaan
                            pengajaran dan Pembelajaran di dalam Kuliah oleh Pengarah / Timbalan Pengarah Akademik.
                            Akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap orang pensyarah.





              “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



              Saya yang menjalankan amanah,





              (MOHAMMAD SHAFIE BIN HAMIR)
              Pengarah
              Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin











                                                                                                            18
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28