Page 1 - BUKU PENGURUSAN
P. 1

BUKU PENGURUSAN SKTM 2021





                                         KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

                   Assalamualaikum ,

                          Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
                   kepada  seluruh  warga  SK  Telaga  Mas  dan  PIBG  kerana  sentiasa  bekerja
                   bersama-sama dengan saya tidak mengira situasi samada musim kemarau atau
                   musim  hujan.  Sama-sama  terus  berusaha  untuk  meningkatkan  prestasi  murid
                   khasnya sekolah.

                          Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa atas usaha
                   menghasilkan  Buku  Pengurusan  SKTM  2021.  Sebagai  Panduan  Pengurusan
                   dan Pentadbiran sekolah dan merupakan rujukan kepada SK Telaga Mas dalam
                   menyempurnakan  tugas-tugas  harian  serta  melaksanakan  tanggungjawab  kita
                   masing-masing mengikut perancangan yang ditetapkan pada awal tahun.

                          Dengan  adanya  panduan  pengurusan  ini  diharap  setiap  individu  dapat
                   menjalankan tugas  mengikut garis paduan dan takwin sekolah yang ditetapkan
                   oleh jawatankuasa perancangan tahun 2021.

                          Disamping  itu,  saya  menyeru  kepada  semua  guru  dan  kakitangan
                   sokongan sekolah agar dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap bagi
                   menjanakan  lebih  banyak  kecemerlangan  dalam  bidang  Kurikulum,  HEM  dan
                   Kokurikulum.

                          Sekali  lagi,  saya  amat  berharap  semua  warga  SK  Telaga  Mas  dapat
                   memberi sokongan yang padu, komitmen dan pengorbanan sepenuhnya untuk
                   membina budaya kerja cemerlang untuk membangunkan modal insan di sekolah
                   ini. Seterusnya merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
                   2025.

                          Hanya  Tuhan  sahaja  yang  dapat  membalas  jasa  baik  kita  semua  yang
                   tidak pernah jemu  berusaha ke arah kecemerlangan. Akhir sekali saya berdoa
                   agar segala usaha murni dan niat baik kita diberkati Allah S.W.T.

                   Sekian, terima  kasih.

                   “Berkhidmat Untuk Negara”


                   FARAHIDA BT OMAR
                   Guru Besar
                   Sek. Kebangsaan Telaga Mas,
                   Pokok Sena, Kedah.

                                                                                                        1
   1   2   3   4   5   6