Page 6 - BUKU PENGURUSAN
P. 6
BUKU PENGURUSAN SKTM 2021
G. TATACARA MELAKSANAKAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH
1. Persediaan Pra-Perhimpunan
1.1 Empat hari sebelum perhimpunan, Kumpulan Guru Bertugas akan
memutuskan
1.1.1 Persediaan bagi ucapan mengikut tema yang disediakan
1.1.2 Murid yang menjadi pengacara
1.1.3 Menyediakan skrip pengacara (dalam Bahasa Inggeris)
1.1.4 Murid yang akan membaca doa
1.1.5 Pengawas bertugas untuk menaikkan bendera
1.2 Kumpulan Guru Bertugas juga akan mengarahkan petugas-petugas untuk
:
1.2.1 Menyusun kerusi untuk semua guru
1.2.2 Menyediakan peralatan siaraya dan memastikan alatan itu
berfungsi
1.2.3 Memastikan rakaman muzik latar nyanyian disediakan dan
berfungsi
2. Peraturan-peraturan
2.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada waktu pertama hari
Ahad setiap minggu kecuali cuti.
2.2 Perhimpunan dihadiri oleh :
2.2.1 Semua guru
2.2.2 Semua staf bukan guru
2.2.3 Rakan sekolah – wakil PIBG dan Pengusaha Kantin
2.3 Loceng pertama akan dibunyikan pada jam 07.30 pagi . Murid-murid
dikehendaki berbaris di Dataran SKSM mengikut kelas dan tempat yang
telah ditentukan
2.4 Murid-murid lelaki dikehendaki memakai tali leher
2.5 Ketua Pengawas dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas berdiri
di bahagian hadapan Dataran SKSM dalam satu baris melintang
2.6 Pengawas-pengawas lain akan berdiri di bahagian belakang untuk
mengawasi ketenteraman dan memastikan perjalanan perhimpunan
berjalan lancar dan sempurna
2.7 Semua guru dan staf bukan guru (kecuali Guru Besar, Penolong-penolong
Kanan) masuk dan duduk di kerusi masing-masing. Tempat duduk
disusun mengikut kekananan di mana Guru Besar berada di tengah-
tengah, diapit oleh Penolong Kanan dan Penolong Kanan Hem atau PN
NOOR ZURAINE BT KAMARUDDIN.
2.8 Setelah semuanya bersedia, pengawas bertugas akan menjemput Guru
Besar untuk ke tempat perhimpunan dengan diiringi oleh Penolong Kanan
dan Penolong Kanan Hem atau PN NOOR ZURAINE BT KAMARUDDIN.
2.9 Semua staf berdiri semasa Guru Besar dan kedua-dua Penolong Kanan
masuk untuk duduk di kerusi yang disediakan
6

