Page 4 - BUKU PENGURUSAN
P. 4
BUKU PENGURUSAN SKTM 2021
BAHAGIAN 1 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
. FALSAFAH SEKOLAH
Mewujudkan suasana sekolah yang harmonis, menarik serta
menyeronokkan agar dapat menghidupkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang selesa di kalangan guru-guru dan murid-murid.
Melahirkan suasana perhubungan yang mesra dan harmonis antara
pentadbir, guru-guru, kakitangan bukan guru, murid, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan ibu bapa atau waris serta masyarakat setempat.
Menyedarkan masyarakat sekolah agar sentiasa mempunyai perasaan
kekitaan dan tanggungjawab di dalam membangunkan perkembangan
sekolah dari segi fizikal dan kemajuan dalam pelajaran.
Memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa sesuatu kebaikan yang
dilakukan adalah merupakan ibadah dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan demi kemajuan dan masa depan murid-murid khususnya anak
bangsa yang tercinta.
B. VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
C. MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
4

