Page 106 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 106

Maklumbalas murid-murid dan ibu bapa yang seronok bila anak-anak berjaya


                        menguasai konsep darab dengan menggunakan inovasi My iGS Kit.

                                   Semua murid-murid yang menggunakan inovasi My iGS Kit sangat


               seronok  dan  teruja  kerana  dapat  melaksanakan  berbagai-bagai  aktiviti  seperti

               bermain  dan  mereka  cipta.  Konsep  didik  hibur  yang  fokus  kepada  kepelbagaian


               kecerdasan mereka memberi kesan positif kepada mereka. Respon yang diberikan

               murid-murid  turut  disuarakan  oleh  guru  mereka  yang  turut  seronok  menggunakan


               inovasi My iGS Kit dalam membantu pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

               Antara pandangan yang diberikan oleh mereka ialah inovasi ini sesuai digunakan oleh


               semua peringkat dan aras kecerdasan murid. Inovasi ini sangat membantu guru di

               proses PdPc dimana ketika guru memberi perhatian kepada murid yang lemah, murid


               yang pandai boleh melaksanakan aktiviti pengayaan dengan bahan yang sama iaitu

               inovasi My iGS Kit secara kendiri.


               Pandangan  yang  diberikan  oleh  murid-murid  dan  guru-guru  yang  menggunakan


               inovasi My iGS Kit ini memberikan kepuasan yang tak terhingga pada diri saya. Saya
                                                           106
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111