Page 110 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 110

11.  My        iGS    Kit    sangat        menarik,       merangsang  kemahiran
                      murid  dan     seronok

               digunakan.






               12.  My iGS Kit telah didaftarkan sebagai Harta Intelek MyIpo.






               13.  My iGS Kit telah mendapat penghargaan daripada Pengarah Pendidikan

               Negeri Perak atas sumbangan kepada sekolah-sekolah negeri Perak.



                                                   KESIMPULAN


               Inovasi My iGS Kit memberi kelebihan bukan sahaja kepada murid terutama murid


               tahap 1 tetapi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek matematik

               khususnya topik pendaraban. Penggunaan My iGS Kit membantu murid memahami

               konsep pendaraban dengan membina sendiri alat bantu belajar yang kreatif. Murid


               juga  boleh  mengkaji  sendiri  kaedah  terbaik  untuk  membuat  penyelesaian  dan


               penyiasatan  menggunakan  konsep  pendaraban  yang  dipelajari.  My  iGS  Kit

               merupakan alternatif yang boleh diguna oleh guru untuk memberi penerangan dan

               kefahaman kepada murid mengenai konsep pendaraban. Melalui penggunaan My iGS


               Kit dalam pengajaran, murid bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan


               tetapi  dapat  membaiki  kesalahan  yang  dilakukan  semasa  menjalankan  aktiviti

               tersebut. Keadaan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

               bertenaga dan dapat menarik minat murid untuk belajar.


               Belajar  sambil  menghasilkan  sesuatu  produk  atau  bahan  yang  mempunyai  ciri-ciri


               permainan adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada

               murid kerana mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan memudahkan

               pembelajaran dan mudah bagi murid menguasai pembelajaran yang disampai dan


               baik untuk  perkembangan  emosi  mereka.  Selain  itu, penggunaan  My  iGS  Kit  juga
                                                           110
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115