Page 108 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 108
dan bahan merekacipta. Pembelajaran bukan sahaja berlaku di sekolah bahkan
boleh berlangsung di rumah bersama-sama ahli keluarga masing-masing.
5. Modul iGS juga telah disebarluas seluruh Malaysia melalui medium facebook dan
laman web yang dikenali sebagai matematikpro.com. Ramai kalangan guru mahu
pun ibu bapa telah membeli modul iGS. Penyebarluas telah dilakukan selepas My
iGS Kit didaftarkan sebagai Harta Intelek di MyIpo.
6. Inovasi My iGS Kit bukan sahaja sesuai digunakan di dalam bilik darjah bahkan
sesuai digunakan semasa Program Celik Bijak Darab mahupun ketika
aktiviti di luar bilik darjah.
7. Pameran-pameran yang dilakukan ketika lawatan dari sekolah lain atau pun
sempena sambutan Hari Guru peringkat Negeri mendapat respon yang baik dan
positif. Mereka menunjukkan minat yang tinggi untuk menggunakan dan
mengaplikasi inovasi My iGS Kit.
8. Inovasi My iGS Kit juga pernah mendapat liputan khas dalam akhbar Chinese
Press.
KELEBIHAN INOVASI
Secara khususnya inovasi My iGS Kit amat sesuai digunakan sebagai bahan
pembelajaran. Antara kelebihan dan kebaikan inovasi ini ialah :
1. Menekankan konsep didik hibur murid sekaligus merangsang minat dan
memotivasikan murid untuk belajar.
108

