Page 163 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 163

1.0 PENGENALAN/ SINOPSIS  INOVASI

       KATEGORI : INDIVIDU PRA-UNIVERSITI
       TAJUK PROJEK : LAMAN PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN SECARA
       AKSES KENDIRI DALAM TALIAN (PEMBELAJARAN TANPA
      SEMPADAN)

      SUBJEK            :  PENGAJIAN PERNIAGAAN



       Pada masa kini, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) memberikan cabaran kepada guru dan pelajar
       dalam meneroka ilmu dalam bidang masing-masing.  Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan
       merupakan satu cabaran baru kepada penyampaian guru dan penerimaan pelajar dengan cara paling
       berkesan tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.


        Saya mengambil inisiatif untuk menerima penggunaan teknologi ini sebagai satu perubahan yang positif
       bagi menjadi pemangkin kepada diri saya sebagai guru dan menjadi dorongan positif kepada anak-anak
       didik saya dalam mencari ilmu di mana sahaja mereka berada, dalam dunia tanpa sempadan terutama
       dalam keadaan ketidaktentuan pandemik Covid-19 ini.


        Sehubungan dengan itu, saya menyediakan satu laman e-pembelajaran dengan menggabungkan Google
       Sites, Google Classroom, Google Form, Google Data Studio, Quizziz, canva.com, dan YouTube untuk
       melengkapkan laman epembelajaran saya bagi menarik minat pelajar-pelajar saya disamping berkongsi
       dengan guru-guru yang lain.


              1.1     Kronologi Inovasi
                     i.   Kekerapan  ketidakhadiran  pelajar  ke  sekolah  contohnya  pergi  bercuti  pada  waktu

                          persekolahan,  Perlaksanaan  Perintah  Kawalan  Pergerakan  dan  sebagainya
                          mencetuskan inovasi ini.

                     ii.   Perkembangan  bidang  ICT  dalam  Pembelajaran  menyumbang  kepada  penggunaan
                          pelbagai  aplikasi  dan  peranti  oleh  pelajar.  iii.  Ketersediaan  pelantar  DELIMa  yang

                          disediakan oleh KPM dan emel/id bagi setiap pelajar menjadi faktor dorongan kepada
                          inovasi ini.
                     iv.   "Setting  up" Google  Classroom  bagi  pelajar  pengajian  perniagaan.  Nota  dan  latihan

                          dapat dikumpul untuk dikongsi bersama dengan para pelajar.
                     v.   Membangunkan  Google  Sites  :  Pengajian  Perniagaan  sebagai  portal  setempat  bagi

                          mengakses aplikasi-aplikasi yang telah disediakan.
                     vi.   Menggunakan aplikasi-aplikasi lain seperti YouTube, OBS Studio, Google Meet untuk

                          membantu proses pembelajaran dan program sekolah.
                     vii.  Mempromosikan  penggunaan  aplikasi-aplikasi  untuk  digunakan  oleh  semua  warga

                          kolej.




                                                           163
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168