Page 166 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 166

Di sini saya sertakan pautan YouTube cara-cara membina Google Sites, Google Classroom dan Quizziz.
          i. Google Sites  : https://www.youtube.com/watch?v=EV7l0PBZCEE ii. Google Classroom :
          https://www.youtube.com/watch?v=rCNImsWUxZA



        Sementara itu, pelajar-pelajar juga diminta menjawab soalan latihan di atas kertas dan menghantar
       jawapan secara dalam talian di Google Classroom.
       Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar lebih memahami pembelajaran jika menjawab secara bertulis
       dibandingkan dengan menaip di papan kekunci.  Jawapan secara bertulis juga dapat mengelak dari
       berlakunya plagiat

        Bagi pelajar-pelajar yang pergi ke kawasan tiada akses internet, mereka boleh muat turun terlebih dahulu
       nota-nota, latihan-latihan di dalam telefon bimbit, tablet atau komputer peribadi dan membuat latihan di
       atas kertas kemudian memuat naik ketika ada akses internet ke Google Classroom.


        Menerusi inovasi ini, pelajar-pelajar boleh mengikuti kelas melalui live streaming Google Meet atau
       YouTube ataupun rakaman yang dikongsikan di dalam You Tube atau Google Classroom.  Kaedah ini
       boleh memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab.  Testimoni
       dapat dilihat di pautan ini : https://youtu.be/ez7XNivldW8


        Pelajar-pelajar didapati cenderung menjawab tugasan daripada aplikasiaplikasi mengikut keutamaan
       berikut:

            5.1 Menyiapkan tugasan menggunakan Quizziz kerana soalan-soalan ini boleh menjana markah dan
                  jawapan secara automatik di samping mempunyai grafik yang menarik. Contoh di Rajah 1.
            5.2 Menyiapkan tugasan menggunakan Google Form kerana soalan-soalan ini boleh menjana
                  markah atau jawapan secara automatik.
            5.3 Menjawab soalan struktur dan esei di dalam Google Classroom kerana tugasan yang diberikan
                  teratur mengikut folder yang disediakan dan mudah akses untuk turn in dan semak.
                  Penghantaran tugasan adalah secara bertaip atau lebih digalakkan secara bertulis, kemudian
                  screenshot jawapan dan muat naik ke dalam Google Classroom.  Contoh di Rajah 2.
































                                                           166
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171