Page 165 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 165

3.0  RASIONAL PROJEK :



            3.1  Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan pelantar khas, DELIMa untuk kemudahan

                  para guru dan pelajar.
            3.2  Ketersediaan bahan dalam laman e-pembelajaran lebih memudahkan proses PdPc sama ada di

                  sekolah atau di rumah.
            3.3  PdPc masih terus dapat dijalankan secara dalam talian walaupun tidak dapat bersemuka semasa

                  perintah kawalan pergerakan (PKP).
            3.4  Pelajar boleh menjalankan PdPc walau di mana mereka berada secara dalam talian atau luar

                  talian.
            3.5  Pelajar yang mempunyai kesukaran mengakses internet/kekurangan data boleh  menjalankan

                  PdPc secara luar talian dengan memuat turun bahan pembelajaran dan latihan terlebih dahulu.
            3.6  Menjimatkan  kos  dengan  mengurangkan  penggunaan  kertas  serta  dapat  membantu  alam

                  sekitar.
            3.7  Dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan guru lain.




       4.0 KUMPULAN SASARAN :

       Semua pelajar dan guru Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah yang mengambil subjek Pengajian
       Perniagaan.  Inovasi ini juga boleh diperluaskan kepada semua guru tingkatan enam/ pra-universiti.



       5.0    LATAR BELAKANG INOVASI

       Pengalaman mengajar subjek Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam dan sebagai guru penyelaras ICT di
       SMK St Francis, Melaka daripada 2007 sehingga 2019, memberi pengalaman yang berharga dan
       bermakna buat saya.  Pengalaman mengajar secara dalam talian di rumah kepada pelajar-pelajar juga
       menjadi dorongan kepada pelaksanaan inovasi ini.  Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang
       lebih dinamik perlu disediakan dan disesuaikan bagi mengadaptasi corak pembelajaran pelajar pada masa
       kini.  Kemudahan teknologi dan keboleh capaian maklumat di mana-mana oleh pelajar dapat mengatasi
       mobiliti pelajar sama ada semasa waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan.

        Ketidakhadiran ke sekolah,  penutupan sekolah atas sebab perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
       pelajar pergi bercuti bersama keluarga tidak lagi menjadi sebab pelajar tidak boleh mengikuti
       pembelajaran.  Tiada alasan untuk mengatakan tiada buku, tiada akses internet dan sebagainya bagi
       mengelak sesi pembelajaran kerana pembelajaran boleh berlaku secara dalam talian dan luar talian.

        Melalui pemerhatian dan pengalaman menggunakan beberapa aplikasi dalam talian seperti aplikasi
       Telegram, WhatsApp dan e-mel, adalah kurang berkesan kerana penghantaran nota, latihan dan tugasan
       tidak teratur di mana guru dan pelajar perlu mencari semula nota dan latihan yang diberikan dalam aplikasi
       berkenaan.  Justeru itu, saya memanfaatkan penggunaan Google Sites, Google Classroom, Google Form,
       Google Data Studio, Quizziz, canva.com dan YouTube dalam melaksanakan inovasi ini.  Beberapa aplikasi
       lain masih dikaji dari masa ke semasa bagi membantu pembelajaran dalam talian ini.


                                                           165
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170