Page 27 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 27

SIPNOSIS INOVASI


                       Teknik  BAYI  ialah  satu  teknik  yang  menggabungkan  muzik  dalam  aktiviti

                   membaca.  Perkataan  BAYI  diambil  daripada  huruf  dalam  perkataan  BAca  dan
                   nyanYI. Teknik BAYI merupakan pendekatan baharu membaca sambil menyanyi

                   yang  menyeronokkan  dan  mampu  menarik  minat  murid  untuk  belajar  dan

                   seterusnya  menunjukkan  peningkatan  dalam  kebolehan  membaca.  Apa  yang
                   menarik tentang Teknik BAYI adalah ia boleh dipelajari di dalam kelas dan juga

                   boleh dipelajari di atas talian kerana ia telah dibina dalam bentuk mp4. Murid boleh

                   akses  melalui  telefon  pintar,  komputer,  tablet  dan  televisyen  pintar.  Aktiviti
                   membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja.



                       Teknik ini bukan sahaja berguna untuk Murid Berkeperluan Khas(MBK) malah

                   ia  boleh dimanfaatkan  oleh  kanak-kanak tipikal  seawal usia  kerana mendengar

                   secara berulang-ulang dengan gabungan muzik dapat memantapkan daya ingatan
                   kanak-kanak.  ‘REPETION  IS  MOTHER  OF  LEARNING’.  Kebolehan  membaca

                   kanak-kanak bergantung kepada pembangunan otaknya dan pembangunan otak

                   berlaku  dengan  pesat  berasaskan  tahap  pembesaran  iaitu  mencapai  tahap  25
                   peratus pada waktu lahir, 50 peratus pada usia enam bulan, 85 peratus pada usia

                   3  tahun  dan  95  peratus  pada  usia  6  tahun.  Baki  hanya  5  peratus  untuk

                   pembangunan otak sehingga dewasa (Mohd Yusof Hasan, 2000). Rugi jika kita
                   tidak  memanfaat  umur  awal  kanak-kanak.  Teknik  BAYI  boleh  diakses  dengan

                   mudah maka ibu bapa boleh memanfaatkannya di rumah.














                                                              27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32