Page 29 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 29

LATAR BELAKANG
                       Idea mengajar membaca dengan menggabungjalin elemen muzik hadir pada

                   tahun 2015 apabila saya mendapati MBK mudah bosan apabila membaca secara
                   berulang.  Maka  saya  tukar  cara  mengajar  membaca  konvensional  kepada

                   membaca sambil menyanyi dengan petikan gitar. Saya boleh nampak MBK sangat
                   seronok  dan  menanti-nantikan  waktu  Bahasa  Melayu.  Seperti  mana  yang  kita

                   sedia maklum MBK mempunyai kepelbagaian keperluan khas seperti mana yang

                   dinyatakan dalam Individuals With Disabilities Education Act- IDEA, 2004, Specific
                   learning  disability  means  a  disorder  in  one  or  more  of  the  basic  psychological

                   processes involved in understanding or in using language, spoken or written, that

                   may manifest itself in the imperfect ability to listen, think, speak, read, write, spell,
                   or  to  do  mathematical  calculations,  including  conditions  such  as  perceptual

                   disabilities,  brain  injury,  minimal brain dysfunction,  dyslexia,  and developmental

                   aphasia.  Maka  saya  sebagai  seorang  guru  Pendidikan  Khas  wajar  mengambil
                   inisiatif membantu MBK untuk belajar.

                       Apabila  melihat  murid  berasa  seronok  dan  cepat  menguasai  bacaan,  saya

                   ingin memanfaatkan teknik ini kepada MBK di sekolah lain dan kanak kanak tipikal
                   maka saya membuatnya dalam bentuk MP4 menggunakan aplikasi Power Director

                   dan Power Point. Teknik BAYI bukan sahaja mengandungi pembelajaran suku kata
                   kv namun terdapat juga suku kata kvkv, kv+kvk, kvk+kv, vk+kvk dan kvk+kvk. Suku

                   kata ini adalah pembelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah

                   Rendah Pendidikan Khas(KSSR PK) tahun 2 dan 3. Saya juga menyediakan minus
                   one untuk guru nyanyikan dengan perkataan yang baharu dalam keluarga suku

                   kata yang sama. Selain daripada itu, saya menyediakan lagu kanak-kanak yang
                   mengandungi  suku  kata  yang  telah  dipelajari  untuk  menambahkan  lagi

                   keseronokkan  ketika  belajar.  Lagu  suku  kata  yang  baharu  juga  dalam  proses

                   penghasilan. Anda boleh layari link ini untuk menontonnya












                                                              29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34