Page 30 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 30
https://www.youtube.com/results?sp=mAEB&search_query=TEKNIK+BAYI(B
ACA+%26+NYANYI)+CIKGU+BAI atau search youtube channel TEKNIK
BAYI(BACA & NYANYI) CIKGU BAI.
KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI
Saya telah mengajar subjek Bahasa Melayu Pendidikan Khas sejak tahun
2009 lagi, saya nampak MBK agak sukar untuk mengingat suku kata yang diajar
walaupun pelbagai kaedah telah digunakan. Kalau dahulu, daripada awal tahun
mengajar sehingga hujung tahun pun murid belum berjaya menguasai suku kata.
Namun setelah saya mengajar Teknik BAYI bermula tahun 2015 , murid cepat ingat
dan berasa seronok ketika belajar.
Pada tahun 2020 saya diberi kelas AL BIRUNI iaitu murid KSSR PK tahun 2.
Sebelum saya mengaplikasi Teknik BAYI dalam aktiviti membaca kebanyakkan
murid saya hanya menguasai kurang daripada 10 peratus pembacaan suku kata
kv. Pembelajaran dan Pemudahcaraan(pdpc) suku kata kv bermula pada 13
Januari 2020 sehingga 17 Mac 2020. Pdpc terpaksa dihentikan kerana Perintah
Kawalan Pergerakan(PKP) akibat Pandemik Covid- 19. Saya juga cuti bersalin
pada 21 April 2020 sehingga 20 Julai 2020. Dalam tempoh PKP dan saya bercuti,
saya tidak pasti adakah murid belajar di rumah. Selepas saya naik sekolah pada
20 Julai 2020, pdpc diteruskan dan ujian pos diberikan pada 5 Ogos 2020. MBK
menunjukkan pencapaian yang positif di mana objektif khusus saya tercapai
apabila empat orang MBK menguasai lebih 50 suku kata yang diuji. Ini
membuktikan Teknik BAYI mampu membina ingatan jangka panjang walaupun
pdpc terhenti beberapa bulan. Selepas murid menguasai suku kata kv,
pembelajaran suku kata kvkv menjadi lebih mudah dan cepat. Murid boleh
membaca dan membina suku kata kvkv yang diajar oleh guru.
30

