Page 3 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 3

Semurni Kata





             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

             Alhamdulillah  dan  ucapan  tahniah  serta  penghargaan  kepada  Sektor  Pembelajaran
             PPD Melaka Tengah kerana dapat menghasilkan kompilasi  Pertandingan Guru Inovatif
             Peringkat PPD Melaka Tengah 2021. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada
             SISC+  yang  telah  melaksanakan  amanah  sebagai  penggerak  utama  dalam
             Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Daerah Melaka Tengah 2021.

             Kajian  Tindakan  dan  inovasi  merupakan  salah  satu  alternative  untuk  memperbaiki
             kaedah pengajaran dan seterusnya mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran .
             Guru  yang  kreatif  sentiasa  mencari  ilmu  baharu  yang  akan  dihasilkan  dalam
             pengajarannnya. Hasilnya akan membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang
             menyeronokkan, memberi kesan positif dan merangsang murid untuk berkreativiti.

             Justeru, guru perlu sentiasa memikir kembali segala tindakan yang dilakukan dalam
             amalan harian pembelajaran dan pengajaran mereka. Kesungguhan, kesediaan dan
             keupayaan  kalangan guru kita dalam melaksanakan kajian tindakan dan inovasi ini
             membuktikan guru-guru tidak kering idea kreatif dalam melaksanakan pembelajaran
             dan pengajaran.

             Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua
             pihak yang telah memberi kerjasama dan menunjukkan komitmen dalam penghasilan
             ilmiah ini. Semoga buku ini bermanfaat untuk rujukan bagi mencapai elemen kualiti dan
             memenuhi aspirasi pendidikan negara.

             Besarlah  harapan  saya  agar  kita  sama-sama  mendapat  manfaat
             daripada  pembentangan  inovasi  yang  dilakukan  serta  dapat
             membaiki mutu pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

             Semoga buku ini menjadi wadah perbincangan, perkongsian ilmu
             juga  pengalaman  untuk  manfat  bersama  dalam  memberikan
             suatu dimensi yang berlainan dalam dunia pendidikan

             Sekian, terima kasih.

             Haji Abu Bakar bin Awang BKT,
             Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah










                                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8